Followers

Saturday, August 27, 2011

anak cepat bercakap

hari ni tetiba rasa nak cter psal petua bg anak cepat bercakap plak..hehe sbb hr tu ms g servis kete kt toyota miri tu ada org bg petua tu..hehe camne org tu bole bg petua tu kat aku ek?actually kt toyota tu ada bilik khas utk bdk2 main..so aku pun bw la adam main dlm tu..kebetulan plak dlm tu ada sorg makcik dan anak dia lelaki jgk..so aku pun tegur la tnye dah lme ke..dia ckp kul 12 lg dia kt stu..ms tu dh kul 2 lbh pun..huhu lme jugak service kete kt toyota ni.huhu rmai sgt org..sembang punye sembang rupanye kakak tu mak student aku..hehe student suami aku..sbb anak dia f4.



anak dia ada 7 org..yg kecik sekali tu je lelaki yg lain smua perempuan..hehe anak dia yg bongsu tu ada la dlm 2 tahun umur dia..tp dia xnk main ngan adam..hehe semua yg adam pegang semua dia ambik..nasib la adam ok je..dah org xbg dia g main yg lain plak..hehe akak tu pun tnye la adam dah brape taun.aku ckp br setahun dua bulan..hehe dia tnye dah bole ckp blum..aku kata dia dah bole pnggil 'abah' ms 9 bulan lg.hehe skrg ms 1 tahun dah pandai la sbut 'mi' utk ummi..

hehe pas tu akak tu pun kata anak akak ms 10 bulan dah bole sbut byk pkataan la..cucu dia 1 tahun 2 bulan dah mcm mulut murai bercakap..hehe dia kata ada org jawa bg ptua kalo nak anak cepat bercakp ms kita masak nasi (guna periuk biasa bkn rice cooker) nasi yg melompat2 ms dia nak mendidih tu tangkap guna sudu or garpu..pas tu selawat bg anak mkn ns tu..lebih afdal wat hr jumaat 3x berturut2..dia kata alhamdulillah la bkesan kt anak dan cucu dia..pas tu aku pun ckp nanti aku nak try la..hehe tp xsmpat try lg..insyaALLAH blk kg ni aku try..akak tu pun ada cter anak dia yg sulung 4 tahun br boleh bercakap..dia ingat anak dia dah bisu.tp bila bw jumpe doc,doc ckp x bisu cuma mgkin dia jns yg lmbat..ms dia 4 tahun br bole bercakap..huhu aku ada bc dr blog org jgk la kalo nak bg anak cpt bercakap amalkan menyapu madu di lelangit mulut anak kita seawal usia merek a mencecah 6 bulan dengan didahului selawat.so pd kwn2 jom kita try smoga anak kita cpt bercakap..sgt seronok bila anak dpt panggil ummi dan abah..

ni ada beberapa petua yg aku search kt internet gak..mgkin boleh jgk membantu kita mendorong anak2 cpt bercakap:
1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.
2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas
3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.
7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.
8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.>>>

~~~anakku sayang semoga dirimu menjadi org yg berguna pada keluarga,agama,bangsa dan negara~~~~~


No comments:

Post a Comment